Friday, April 2, 2010

Danish ke Sekolah

Selama tiga bulan di Malaysia ni, Danish akan bersekolah di sini. Sengaja nak dedahkan dia dengan budaya sekolah kat sini.Di samping tu bolehlah dia belajar Pendidikan Islam secara formal. Sebelum ni saya hanya ajar dia yang simple sahaja. Dia bersekolah kat sekolah saya zaman kanak-kanak dulu..Excited sungguh dia nak bersekolah sebab bila kami sampai ke sini, sekolah mula bercuti.Jadi seminggu lebih juga dia tak ke sekolah.Semasa memohon kebenaran untuk menumpangkan Danish bersekolah, jumpa cikgu-cikgu dulu. Awet muda juga diorang ni. Sama je macam 25 tahun dulu..

Hari pertama bersekolah ok je Danish walaupun terpaksa menghadapi suasana yang berbeza dengan Australia.Dia gembira sangat dengan sekolah barunya.Tapi dia mula meragam hari kedua bila terpaksa membuat 10 helai homework.Itupun saya turut menyiapkannya. Macam ummi yang bersekolah pula.Kesian anak.Memang berbeza sekali suasananya dengan Australia, dia hanya akan membawa kerja-kerja yang telah dibereskan.Dia tak nak masuk kelas bila sampai ke sekolah.Puas saya memujuknya.Akhirnya saya meminta cikgunya memegangnya, apa lagi saya pecut meninggalkannya.Hal ini berterusan 3 hari.Hari-hari gunakan taktik yang sama.Abang pula berada kat Sarawak masa tu terpaksalah saya menghadapi seorang diri.Ikutkan hati nak sahaja berhentikannya.Buntu nak memujuknya..

Biasanya kalau dia meragam saya akan mengurungnya dalam bilik tidur sebagai denda.Sekejap je dalam seminit dua..Dia akan ok selepas tu.Entah macamana saya terlupa kali ni.Memang saya jarang guna cara ni sebab kalau selalu sangat didenda dia mungkin tak gerun lagi.Hari ketiga dia meragam baru saya teringat,hari keempat dia ok semula.Berjaya juga saya..hehehe

Saya cuba juga nak membudayakan dia dengan membawa bekal ke sekolah seperti kat Australia tapi hanya bertahan dua hari sahaja.Bila kawan-kawan membeli makanan kat kantin, dia juga tak nak ketinggalan.Hmmm..sayangnya.Hampa juga ummi bila tak dapat nak control pemakanannya.Nak buat macamana lagi..ikut je kehendaknya.

Yang paling saya terkilan dia mula enggan bercakap Bahasa Inggeris lagi.Bila cikgu menyoalnya, dia akan jawab dalam Bahasa Melayu kerana katanya cikgu faham apa yang diperkatakannya.Untuk pengetahuan semua, sebelum ni pun Danish lebih selesa berbahasa Melayu kalau kat rumah biarpun saya dan abang selalu berbahasa Inggeris.Padahal dia sudah fasih berbahasa Inggeris kat sekolah.Sekarang ni apalagi bila dah peluang terbuka luas, makin galak la dia berbahasa Melayu.Bukan apa nak juga dia mahir berbahasa Inggeris kerana walaupun berada kat Malaysia Bahasa Inggeris tetap mendapat tempat pertama bila nak ceburi alam pekerjaan kelak.Tak pe lah kami akan tetap cuba membudayakannya.Inilah cabaran kami dalam mendidik anak.

Itulah sedikit sebanyak coretan pengalaman kami berada kat Malaysia..
          


20 comments:

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

budak2 kan cepat adapt dgn bahasa..insya ALlah danish leh je speaking english nanti kak, saj eje dia tgk semu aorg ckp melayu dia pun nk ckp melayu la. nanti kawan2 pulaukan dia dan x mo kawan dgn di aplak sbb tkut diorg ingat dia berlagak x mo ckp melayu..

transformed housewife said... [Reply to comment]

takpe mcm Yatie (adik sy) cakap budak2 cepat je boleh acquire bhs. tak kirala bhs apa pun. jgn risau sgt.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said... [Reply to comment]

Miza, Qaisara pula walau diberi makanan ditadika, tak mau makan. Mesti bawa bekal hari-hari. Dia orderlah nak makan apa, bawa air apa..da berapa bulan pun dia masih tak mahu makan di sekolah

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

mak danish pun kena tolong bt keja sekolah yer..hehe...

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

alahai sian danish..ingt balik malaysia, boleh bercoti2..kena g school jugak..hehe..kasi pendedahan ye..!

best kan if anak mahir berbahasa selain malay..akan dipupuk jugak nnti!

Anonymous said... [Reply to comment]

saya pun duk berangan nak kekalkan budaya bawa bekal ke sekolah, tp rasanya jd mcm danish jugak kot. budak2 mmg mudah terpengaruh

ummu said... [Reply to comment]

Salam Miza,
Cabaran kan Miza, bila kita nak bawa bekal sendiri untuk anak kita. Erm saya juga pernah usahakan agar anak saya makan masakan air tangan saya,tapi terdapat halangan yang sukar diungkapkan di sini..
Apapun, semoga Danish dapat belajar dengan teang di tanahir..

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

salam,

nnti anak saya masuk sekolah mcm mana la pulak ragamnye..takpe lama lg, huhu!

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

N3 ini sungguh menakutkan Nida... dulu anak Nida yg pertama pun menangis masa sekolah kat Malaysia, pastu bila dah sekolah kat sini rasa macam taknak sekolah kat malaysia lak depa ni.. Baru sat ni Nida bagitahu kat mereka, "Pasni ibu ngan abah hantar Kakak Mizah dengan Akak AZi sekolah kat Malaysia tau" tau apa jawapan "Ala taknak, nak sekolah kat NZ, sini best"....

Alangkah bagusnya klu sistem pembelajaran di Malaysia sama seperti OZ atau NZ.. mesti kanak2 tak sabar2 nak ke sekolah

Ibuhani said... [Reply to comment]

Salam Hamizah. Budak2 sng menguasai bahasa. itu tanda Danish pandai menyesuaikn diri kat sekolah. Dia ckp melayu sbb kwn2 yg lain ckp melayu...cayalah Danish! :)

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey &temp. housewife,
bimbang juga sbb bila lama xbercakap dia akan lupa..ramai kwn2 cakap g2 bila anak mrk blk Msia..

Hamizah said... [Reply to comment]

mamalieyna,
igt nak bg dia rehat kat rmh je..tp sayang juga bila lama2 x ke sekolah dia naik lemak plak..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam qaseh,
sedih bila anak tak mau bw bekal..penat ummi masakkan utknya.tp bdk2 mmg tak tahan dugaan..kesian

Hamizah said... [Reply to comment]

Salam Lynn,
biasa tu lynn..xsemua bdk sama kerenahnya..kalau Danish,mmg dia tak pandai nak bergaul..itulah agaknya dia tak suka sekolah..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nida,
betul tu Danish ms kat Msia g2 juga..dia menangis seminggu juga bila bersekolah.Tapi kat Oz rileks je..walaupun ms tu dia tak faham sepatah haram pun apa yg kwn2 dan cgu cakap..berbezanya dgn Msia..

Hamizah said... [Reply to comment]

ibuhani..
mdh2an..amiiin

Chik Na said... [Reply to comment]

pengalaman baru untuk danish :-)

ummu said... [Reply to comment]

Salam Mieza
ada award untuk Mieza dari Ummu,:)
silakan ambil ya
TQ

Fairus Basir from The Juggling Queen said... [Reply to comment]

bestnye, cam nak anta tini plak masa balik cuti summer nnti..

Zamrud said... [Reply to comment]

Salam cik, silakan baca-baca budaya daerah pd menu Galerry di blogku