Poligami memang dibolehkan tapi bukannya WAJIB ye. Firman Allah:
“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Al-Quran, surah an-Nisa’: Ayat 3)
Rasanya betullah pertanyaan saya tentang imannya. Sebab nak berpoligami bukannya senang.Hanya yang betul-betul mantap iman yang mampu berlaku adil.Kalau ikutkan nafsu, mesti jawapannya "Ya".Bila ditanya akal dan iman kenalah fikir banyak kali. Bukan senang untuk berlaku adil. Tanggungjawab seorang suami terlalu besar.Adakah anak dan isteri yang sedia ada telah dididik dengan ajaran Islam yang betul?Kalau sebuah keluarga pun tak mampu dikendalikan dengan baik.Rasanya baik simpan niat kemas-kemas dalam hati.Jangan sebab ikut nafsu terlepas peluang kita ke syurga.
Sebagai isteri, kalau diberi pilihan memang inilah perkara yang paling nak dihindari dalam hidup berumahtangga walaupun kita sedar suami bukan milik mutlak. Hanya yang dah bergelar isteri yang faham situasi ini.Saidatina Fatimah, puteri Rasulullah pun tak suka bila Saidina Ali menyuarakan hasrat untuk berpoligami apatah lagi saya yang memang tipis iman.Apakata anda?
P/S: Bukan nak menafikan hukum Allah, tapi sekadar nak menyuarakan pendapat.
