Wednesday, September 7, 2011

Bila Blog dah Jadi Liabiliti

Salam Syawal semua..


Entah kali ke berapa saya tenggelam dan timbul.Kali ni tak tau la berapa lama boleh bertahan..
Dulu saya blogging sebab nak menghabiskan masa yang sangat lapang.Sekarang ni saya hidup saya dah benar-benar terisi dengan kehadiran puteri kami, Iqleema Dalia..Memang saya mampu nak publish entry setiap hari..Tapi rasanya tidak adil pula bila komen-komen tak dapat saya balas apatah lagi nak blog walking.Sekarang ni blog dah jadi liabiliti bagi saya..



Saya ingin beri tumpuan sepenuhnya kepada buah hati baru saya ni.Sedikit masa lagi bila dah kembali ke Malaysia dan mula bekerja tak mungkin saya mampu beri perhatian sepenuhnya kepadanya.Hehe..Kalau saya lapang saya akan mencoret lagi.Tapi saya  tak janji untuk berkunjung ke blog pembaca sekelian.Maafkan saya..

Friday, August 5, 2011

Saya Muncul Lagi

Wah!Lamanya tak sempat nak blogging.Macam-macam dugaan mendatang sejak akhir-akhir ni.Anak tak sihat, mak pon tak sihat.Kemudian busy pulak dengan packing barang sebab ada kawan yang akan pulang offer kontenanya yang kosong untuk kami isi barang-barang.Memang memenatkan.Jadi barang akan sampai dulu.Kami belum pasti lagi bila akan balik Malaysia.Yang pastinya tahun ni juga..


Sedar tak sedar dah masuk hari kelima puasa juga bererti lima harilah juga kami menerima tetamu dari Malaysia.Ada orang baru datang ke sini.Rumah kami yang jadi singgahan.Dah biasa sangat rumah ni dikunjungi tetamu.Tetamu datang bersama rezeki Ilahi, kan?Alhamdulillah..


Itulah kehidupan saya yang memang busy sesangat.Redha saja ketentuan Ilahi..

Monday, July 4, 2011

Dah Kena Tinggal

Semakin tak sempat nak buka blog apatah nak blog walking.MIL dah balik Khamis lepas.Boleh tahan jugalah kelam kabutnya saya.Alhamdulillah Dalia dah tak meragam sangat.Rileks la sikit.Tapi time managment masih terabur lagi.Biasalah daripada senang jadi susah tiba-tiba..


Terima kasih untuk MIL yang sudi 'menjaga' kami.Nasib baiklah dia ada membantu.Sebelum balik dia dah 'membekalkan' kami anak beranak dengan serunding daging dan telur masin khas untuk bulan puasa ni.Tak ketinggalan mini karipap dan karipap segera.Dah hampir kehabisan ni..Waaa..


Jadi saya sekarang ni cuba untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ni.Insya Allah berjaya..