Thursday, June 9, 2011

Hish..Danial Nie

Setiap hari Khamis, cikgu Kindy akan bawa  Danial akan ke Library sekolah untuk pinjam buku.Memang dah jadi budaya kat sini budak-budak 'dimanjakan' dengan buku.Bagus,kan?

Tapi minggu lepas dia telah pinjam buku ni

*

*

*

*

*


Kelakar pun ada, tiada sensitiviti langsung..Tapi dia suka dibacakan buku ni sebab mengisahkan tentang bab* yg cuba untuk terbang..hehe

Wednesday, June 8, 2011

Apakah Rasa Macaron?

First time tengok macaron kat MasterChef Australia 2nd season, tahun lepas.Chefnya adalah Andriano Zumbo yang memang terkenal kat sini.Masa tu belum nampak macaron tertayang kat blog masakan Malaysia.Saya teruja bila melihatnya tapi tak teringin pun nak merasanya.Kadang-kadang yang cantik belum pasti sedap dimakan..



Macaron tower~Andriano Zumbo

Tup tup sekarang ni glamer pula kat Malaysia.Menggiurkan pula promosinya.Harganya boleh tahan juga,kan?Jadi saya dok tertanya-tanya best sangat ke sampaikan orang sanggup beli walaupun mahal.Kat sini tak pernah pula nampak terjual.Apapun saya salin juga resepinya nak dicuba sendiri..Tapi bila la dapat rasanya.Selagi baby masih kecil ni susah nak mendeko ni..Boleh tak anda gambarkan kepada saya tentang keenakannnya?Kalau ada orang sanggup poskan lagi bagus.Hehe..

Monday, June 6, 2011

Penat tapi Berbaloi..

Jarang-jarang sempat nak online sekarang ni.Betul-betul busy dengan puteri sorang ni.Cuaca semakin sejuk semakin meragamlah dia.Dah pakai baju berlapis-lapis tapi masih sejuk.Nak dibungkus, marah pula.Jadi nak menghilangkan sejuk terpaksalah dipeluk erat-erat.Ok juga ummi pun boleh panaskanbadan.Tapi hakikatnya memang memenatkan..


Inilah 1st time jaga anak sendiri.Sebelum ni bila anak dua bulan, ummi mula kerja semula.Jadi kerja-kerja penjagaan anak cuma separuh hari.Rileks la sikit.Sekarang ni masih ok lagi sebab mentua masih ada kat sini hingga akhir bulan.Biasanya kerja-kerja rumah mentua lakukan..Harap-harap baby dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan winter supaya tiadalah ummi kelam kabut sangat nak buat kerja rumah..


Rutin sebagai surirumah bertukar sejak ada baby ni.Baru tau susahnya nak mengasuh anak dan membuat kerja rumah sekaligus.Hehe.Apapun saya tetap puas hati dapat menjaga anak sendiri..