Salam semua..
Alhamdulillah saya kini semakin sihat dan mampu mengadap lappy semula..Tapi untuk pengetahuan semua, saya telah keguguran setelah hampir seminggu bleeding. Perasaan saya? Memang susah nak digambarkan. Sedih ada, syukur pun ada, bercampur baur.
Sedih kerana kandungan kali ni memang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Hampir empat tahun kami tak menerima ahli baru. Baik abang mahu pun anak-anak, semuanya bergembira dengan berita kehamilan saya..Sampai hari ini anak-anak saya, Danish dan Danial masih belum mengerti bila saya menyatakan adik sudah tiada. Mereka masih mengharap adik akan lahir secepat mungkin. Penat saya nak menjelaskannya. Tak pelah ye, anak-anak..kalau ada rezeki lagi, Allah akan bagi semula ummi peluang untuk mengandung lagi..
Namun begitu saya tetap bersyukur kerana cepat mendapat rawatan. Bimbang juga kalau-kalau kuman sudah merebak ke anggota badan yang lain. Syukur juga bila diuji oleh Allah terasa diri ini masih disayangi Allah. Bukankah antara tujuan ujian Allah sebagai rahmatNya terhadap kita? Juga untuk mengukur tahap keimanan dan ketakwaan kita. Firmannya:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) bila mereka mengatakan: " Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji? ~(al-Ankaboot, Chapter#29, Verse#2)
Semoga kami terus tabah dengan ujian ini..
Saya terus mendapat rawatan daripada ECU Clinic-klinik uni abang, pada hari Jumaat, 5 Feb. Tapi disebabkan tidak ada kemudahan ultrasound, saya dirujuk ke Joondalup Health Campus, klinik berhampiran. Malangnya baby tidak dapat dikesan bila ultrasound. Bayaran boleh tahan juga, $130 (RM390)..Mujur boleh claim insurans 75%. Tanpa apa-apa ubat dan rawatan yang terima, saya pulang ke rumah. Masih berterusan bleeding hingga hari Rabu, saya mengambil keputusan ke King Edward Memorial Hospital (KEMH).
KEMH adalah hospital yang dikhaskan untuk pesakit wanita sahaja. Bestnya semua pekerja KEMH perempuan, kecuali doktor-doktor pakar ada juga yang lelaki. Kandungan saya disahkan ada masalah selepas ultrasound dilakukan. Terharu sungguh dengan layanan oleh doktor wanitanya dan bidannya (midwife). Tak terasa pun dilayan oleh bangsa asing yang berlainan agama. Memang first class layanannya. Cakapnya pun sopan santun, sentuhan mereka juga lemah lembut. Ingin saya kalungkan jutaan terima kasih kepada mereka..
Saya telah dimasukkan 4biji ubat misoprostol untuk menggalakkan segala sisa-sisa kat rahim keluar sepenuhnya, juga dibekalkan pain killer untuk menahan kesakitan akibat proses tersebut. Saya tidak ditahan di wad. Dua hari kemudian saya diberikan 4biji misoprostal, kerana masih ada saki baki produk kehamilan. Masih ada satu appointment lagi untuk menentukan sama ada perlu atau tidak proses D & C (dilation and curettage) dilakukan. Satu minor surgery yang memakan masa cuma 5 minit tetapi mungkin menyakitkan mengikut orang yang pernah mengalaminyanya..Harap-harap saya tak perlu melakukannya!Doakan saya..