Tuesday, November 30, 2010

Cita-cita yang Tak Tercapai

Anak-anak saya Danish dan Danial walaupun baru berumur 7 dan 4 tahun, masing-masing dah ada cita-cita sendiri.Si abang nak sangat menjadi askar manakala si adik mengidamkan polis sebagai kerjaya.Biasalah budak-budak lelaki, kan.Minat dengan senjata.Saya sendiri sebenarnya tak menggalakkan mereka bercita-cita sedemikian.Lagipun pasti cita-cita mereka akan berubah mengikut umur.Apa pun sentiasa berdoa mereka akan berjaya hidup di dunia dan akhirat..



Teringat ketika kecil-kecil dulu pun saya ada pelbagai cita-cita kejap nak jadi cikgu, kejap doktor, kejap akauntan..Yang paling suka, nak jadi penyanyi!Rasa nak tergelak pula bila kenang kembali.Saya memang suka melaram, jadi bila tengok penyanyi yang sentiasa bergaya, itulah idola saya. Tak sedar diri suara bagaikan katak di musim hujan..Hehehe..Saya sendiri tidak menyangka akan menjadi ustazah.Bezanya bagai langit dengan bumi antara ustazah dan penyanyi.Itulah kita perancang, Allah penentunya.Syukur sangat tak jadi penyanyi.Namun begitu saya sangat berharap untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya suatu hari nanti.Saya rasa inilah cita-cita saya sebenar.


Thursday, November 25, 2010

Pengalaman Sebagai Matchmaker

Pengalaman first time jadi matchmaker adalah ketika mengajar kat Lahad Datu, Sabah.Kiranya baru je jadi cikgu ni.Pada masa yang sama, kakak no. dua saya juga mengajar di tempat yang sama kerana mengikut suaminya.Tapi kami berlainan sekolah.Turut posting ke Sabah bersama saya ialah seorang kawan perempuan tetapi dia tercampak ke Tawau.Bandar yang paling best kat Sabah!



Kakak saya memang peramah orangnya.Berbanding saya yang peramah bila dah betul-betul kenal orang.Dia ni memang suka jadi matchmaker.Pantang jumpa orang bujang ada je idea untuk dipasangkan kepada kenalannya.Hehehe...Kebetulan pula ada seorang cikgu lelaki bujang kat sekolahnya tengah mencari-cari pasangan, takkan nak match dengan saya pula.Saya dah bertunang dengan suami masa tu.Saya pun mencadangkan kawan saya yang kat Tawau.



Daripada penjelasannya, cikgu lelaki tu sangat hensem.Tinggi, putih, sopan santun. Pendekata cukup segala ciri-ciri lelaki idaman.Ahaaaa..Saya memang tak pernah jumpa.Wah!Kalau macam ni saya pun sanggup offer diri walaupun dah bertunang.Gatal.Kalau laki baca mati aku!Sayalah yang merancang pertemuan antara dua orang teruna dara ni.Habis duit tunang (dah bergelar suami pun)bayar bil hp.Yelah bukan senang jadi matchmaker.Kena pujuk si pompuan tu,kalau tersilap ayat tak jadilah plan, kan?Ha..macam kita pulak yang mengurat..



Yang pasti saya turut merasa debarnya kerana tak sabar nak melihat si lelaki bakal pacaran kawan saya itu.Hari yang ditunggu tiba.Kakak saya memang tak campur tangan.Bila nampak je lelaki tu saya rasa kaget.Betul ke yang aku nampak?Yang diciri-cirikan oleh kakak saya langsung terpesong.Memang tinggi orangnya tapi gemuk,muka pun taklah hensem sangat tapi taklah cacat.Bab sopan santu mungkin tepatlah kot.Mujur bukan saya yang dikenen-kenen.Kalau tak pengsan kat situ..Hehehe..



Apapun Alhamdulillah, selepas beberapa lama berkenalan mereka berkahwin dan bahagia dengan 3 orang anak.Sekarang ni kalau ada yang minta saya carikan jodoh saya selalu beri alasan "Susah nak cari lelaki bujang sekarang ni.Mujurlah jumpa untuk diri sendiri"..Hahaha..Serik ke jadi matchmaker?Entah tapi takut sejarah berulang.Namun bangga sangat dapat membantu orang dirikan masjid.



 

Tuesday, November 23, 2010

Empat Musim Silih berganti di Perth

kami berada di Western Australia, dekat sahaja dengan Indonesia.
Masa Perth adalah sama dengan Malaysia.

Sedih rasanya bila spring dah nak berakhir.Musim yang paling saya gemari sepanjang berada di sini.Bukan sahaja disebabkan bunga-bunga yang mekar di sana sini tapi juga cuacanya yang best!Cuacanya sekitar 20 degree sangat mengujakan saya.Sekarang ni bila dah penghujung spring cuaca mula tak menentu seminggu panas seminggu sejuk.Ada hari-hari yang dah mencecah 30 dgree ke atas.Peritnya kulit..


Tunggulah datang summer dengan maksimum 45 degree.Memang terbakar kulit macam berada di tepi dapur ketika memasak.Pintu rumah memang langsung tidak boleh terbuka.Keadaan di Perth memang berbeza dengan tempat 4 musim lain, panasnya memang melampau-lampau.Mungkin juga sebab kat sini ada gurun.Kami jarang keluar semata-mata untuk berjalan-jalan terutamanya  bila sampai kemuncak musim ni pada bulan Jan-Mac..


Bila winter cuacanya taklah sesejuk negara lain dengan cuaca minumum 0 degree.Tapi tak tahan jugalah nak menghadapinya.Musim nilah banyak menyebabkan saya menderita rindu nak balik kampung.Dasar jakun..hehehe.Asyik berbungkus dalam selimutlah jawabnya.


Autumn pula cuacanya hampir sama dengan spring.Sedang-sedang aje cuacanya.Allah Maha Adil, kan.Diujinya kita dengan cuaca yang melampau tapi diselangi pula dengan musim yang memikat jiwa..Apapun syukur kerana diberi peluang merasai perubahan musim ni di bumi kangaroo..

P/S: Tak sangka pejam cilik, pejam celik dah nak masuk summer ketiga kami di sini.Pusingan terakhir sebelum balik Msia..Yahooo..


Monday, November 22, 2010

Kesian Isteri..

Saya terbaca satu artikel di Harian Metro minggu lepas, semakin ramai isteri diceraikan akibat tidak secantik sebelum berkahwin.Maksudnya selepas memiliki beberapa anak, fizikalnya juga turut tidak seanggun dulu sehinggakan mengundang para suami mula beralih kepada cinta lain.Salah siapa?


Bagi suami berkenaan mungkin ini kesilapan isteri yang mungkin sibuk dengan urusan rumahtangga terutamanya bila terpaksa melayan kerenah anak-anak sehingga terabai penampilan diri sendiri.Entah-entah baju pun tak sempat ditukar.Itulah baju ketika masak kat dapur dan itu jugalah baju dipakai ketika tidur.Saya pernah jumpa orang camni!Kalau ini masalahnya, pasti silap isteri,kan?


Tapi kadang-kadang bukan isteri tak suka nak pasang badan untuk  memikat suami, kekangan ekonomi menyebabkan isteri tak mampu nak beli barangan peribadi tambahan lagi jika dia tidak bekerja dan suami pula bakhil orangnya.Manalah nak cekau duit untuk bergaya.Nak amalkan petua tradisional pun perlukan duit tau.Jadi nak isteri bergaya, kenalah suami sediakan ongkosnya..


Tepuk dada tanyalah iman..



Kenapa Tak Boleh Follow?

Tq kepada yang sudi follow blog saya tak kiralah yang baru ikut atau dah lama.

Problemnya sekarang kenapa saya dah tak boleh follow blog kawan-kawan sekarang ni.

'The pages not found'..itulah selalu terjadi sejak akhir-akhir ni..

Maaf bebanyak..saya tak tahu mana silapnya..

Dulu pun biasa terjadi tapi kalau cuba beberapa kali, saya berjaya.

Ada idea tak macamana nak atasinya?


 

Thursday, November 18, 2010

Kakak Tua Jinak di Tangan

Petang tadi saya ke Neil Hawkin Park atau kami lebih gemar memanggilnya Birds Park sebab banyak terdapat burung & itik kat sini.Saya exercise-jalan kaki seperti yang disyorkan doktor.Manakala anak dan suami menjamu burung makan.Macam-macam burung ada.Tapi yang saya kenal hanyalah merpati dan parrot saja.Itik pun banyak.Yang peliknya hanya parrot yang sudi makan di tangan.Merpati tak suka pula.Tepatlah kata orang tua-tua jinak-jinak merpati,sudah dekat terbanglah ia..


Asyik beri makan burung semuanya..macam-macam burung ada

jinaknya

abelong cuma tengok baby beri makan, dia takut..

Kat Oz ni memang senang jumpa burung.Di sekeliling rumah saya pun banyak parrot.Tak payah ke zoo.Tengok free je.Bagusnya mat saleh ni jaga environment, kan. Penangkap burung boleh didenda sekiranya didapati menangkap tanpa kebenaran.Sebab tulah burung bebas berkeliaran.

Kalau kat Malaysia, ketika zaman kecik-kecik dulu selalu juga nampak burung yang cantik-cantik terutamanya burung yang berekor panjang, berbulu warna warni (tak tahu pula namanya) yang selalu bertenggek di pohon turi mak saya.Sekarang ni semua dah tiada.Pepatung dan belalang pun dah sukar kelihatan sekarang.Kesian mereka, diburu hingga pupus..

Hari Raya Haji

Alhamdulillah dah selamat merayakan raya haji semalam.Sambutan serba sederhana tapi bila dah berkumpul ramai-ramai pasti meriah.Menu yang dirancang dah selamat hadam.Tapi sedikit kecewa kuah nasi dagang saya kurang menjadi kali ni.Entah apa yang terkurang.Mujur boleh cover dengan nasi himpit dan sate yang memang sedap..Apa pun saya cuma makan sikit je sahaja.Bukan sebab tak sedap tapi masih mengekalkan diet sihat.Ahaks..

Sebenarnya mak bapa je yang beraya semalam, anak-anak dikerah ke sekolah kerana tak tergamak nak memontengkan diorang lagi.Semasa ke Albany tempoh hari dah ponteng seminggu.Terukkan?mak bapak nak berjalan-jalan anak jadi mangsa.Hehehe.Alah kalau beraya pun setakat berkumpul kat rumah sahaja bukannya ada ziarah menziarah...

Sungguhpun meriah, raya di kampung tetap dalam ingatan.Kalau kami kat Kelantan Raya Haji tetap memang meriah mungkin sebab upacara korban dijalankan sendiri di rumah.Dah habis kerja melapah lembu atau kambing masing-masing akan membahagikan hasil korban kepada orang kampung.Bakinya akan dimasak beramai-ramai.Macam kenduri pula.Teringinnya nak makan sup perut, air asam gearbox dicampur paru atau limpa, daging goreng kunyit..Wah!Semuanya menggoda rasa.Bila daging dimakan fresh pasti berbeza rasanya.Hari-hari ada jemputan makan-makan.Seronoknya beraya di kampung..

P/S: tak boleh nak upload gambar..Kat manalah pak weku letak external disk..

Tuesday, November 16, 2010

Bestnya Hari Nie

Biasanya kalau pagi-pagi saya tak pernah dapat baca Harian Metro.Memang tak boleh access.Petang barulah dibuka.Kalau petang saya memang sibuk, dari pukul 4-6 saya mengajar Quran.Saya tak suka baca Berita Harian atau Utusan, banyak sangat berita politik.Kalau Kosmo tak puas pula nak baca.Asyik potong sana potong sini.Tergantung ceritanya.

Hari ini saya bebas membacanya agaknya ramai yang balik kampung sempena raya haji ni,kan?Baguslah baliklah lama-lama sikit (ayat dengki).Bercakap tentang raya, nilah kali keempat (2x raya puasa, 2x raya haji) saya beraya kat sini.Macam biasa, persiapannya ala kadar.Sama seperti Malaysia, kami akan beraya esok.Jamuan raya akan diadakan di rumah saya kali ni.Khas untuk 4 keluarga.Menunya, nasi dagang Terengganu dan sate..Mulanya bercadang nak beli kambing untuk korban, tapi ada problem pula.Tangguhlah dulu..

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.Kepada yang menunaikan haji tahun ni, mudah-mudahan mendapat haji mabrur, yang berpuasa hari ni diucapkan selamat berbuka.Maafkan segala kekhilafan saya.

ub

Monday, November 15, 2010

Mesin Basuh Oh Mesin Basuh



Percaya ke tidak antara impian saya yang tak tercapai ketika sebalum sampai ke sini ialah untuk memiliki mesin basuh automatik.Sebaik sahaja berkahwin, suami dah beli mesin basuh separa auto.Brand Haier.Memang lasak. Lapan tahun pakai masih ok.Walaupun pernah rosak masih boleh dibaiki.Nak tak nak terpaksalah guna.

Bila bekerja tugas membasuh baju merupakan perkara yang paling menyakitkan hati kalau pakai mesin separa auto, kan?Nak kena isi air, tukar lagi.Dah la kalau kat Malaysia kena basuh baju hari-hari.Pakai baju sampai tengahari dah pun berbau.Huh memang memenatkan.Kadang sampai melimpah ruah air kalau leka.Tapi kat Terengganu best sebab air murah.Setiap bulan jarang lebih RM15.Hehehe..

Pernah juga merengek kat suami minta tukarkan kepada yang auto walaupun tak rosak.Jawapannya "La..Kalau mintak masa bercinta, confirm abang belikan". Hahaha.. Dah kawin serba yang nak tak dapat ke?Tak juga. Tak pelah nanti bila dah balik Malaysia saya nak beli yang 15kg ke atas..Balas dendam..hehehe..Kat sini tiada saiz tu tau.Yelah nak buat apa yang besar-besar kalau baju dipakai berminggu-minggu pun tak berbau.



  

Sunday, November 14, 2010

Kasi Adik Nama Goergia La..

Danish : Ummi,kat perut ummi ni baby girl ke?

Ummi : Insya Allah..Kalau Allah jadikan girl, girl la..

Danish : Kalau girl, kita letak nama Goergia ye, Ummi..

Ummi : Eh! Kenapa pulak Goergia?

Danish : Cantik nama tu.

Ummi : Mana boleh, tu nama Kristian.Kita kan Islam.

Danish : Ye ke?

Ummi : Yelah orang Islam mesti pilih nama Islam..

Amboi! Mentang-mentang sekolah omputeh sesuka hati dia je nak kasi adik nama omputeh..Tergelak saya ingat balik idea dia.Mungkin ada kawan sekelasnya yang bernama Goergia..


Friday, November 12, 2010

Penatnya Berdiet..

Sebelum ni sarapan pagi, semuanya yang bergoreng..Nasi ke, mihun ke, mee ke..Sekarang ni semuanya kena ubah.Pagi cuma makan sekeping multi grain roti dibuat sandwich, letak tuna dan salad sahaja.Sesuai untuk menstabilkan gula dalam darah saya.Menu tengahari hanya secawan nasi, lauk yang bukan bergoreng kena lebihkan sayur.Malam ulang balik makanan untuk sarapan atau apa-apa yang setanding kalori dengannya.Boleh makan snek di antara masa makan utama.Tapi juga terhad dan mestilah makanan yang sihat.Walaupun dah amalkan diet, gula tetap turun dan naik.Pening kepala macam ni.Hairan betul makan makanan yang sama, kuantiti yang sama tetap turun dan naik juga.Exercise memang setiap hari!

Aduh penatnya macam ni..Sapa ada petua yang boleh dikongsikan ye..

 

Thursday, November 11, 2010

Hmmm..Memang Bau B*bi Laaa..

Semalam saya ke hospital lagi.

Sementara tunggu giliran, ada anak mat saleh datang nak berkawan dengan Danial,anak yang kecil.

Memang setiap kali check up kami terpaksa bawa budak ni sebab dia belum bersekolah.

Tiba-tiba 'kawan barunya' tu hulur makanan.
Saya cakap "Jangan makan, bi (masih membahasakan dirinya baby walaupun dah nak dapat adik), kot tak halal".

Dia akur kata-kata saya.Tapi dia cium makanan tu.Balasnya "Hmmm..Betullah Ummi bau b*bi laaa"..

Eh!Budak ni mana dia tau bau babi..Hahaha..
Itulah bila cakap tak halal, automatik dia terbayangkan benda tu..


Wednesday, November 10, 2010

Kenapa Kereta Proton Import Lebih Murah?

Gambar-gambar ni saya shoot ketika Proton membuat show di shopping complex berhampiran rumah.Kenapa Proton murah di tempat orang ye?Confused..padahal kos pengangkutan pun dah mahal.Apa pun memang susah nak tengok kereta-kereta Proton kat atas jalan Perth.

Satria $15,990 (RM48,000)
Pesona $15,990 (RM48,000)
Saga $11,990 (RM36,000)

Monday, November 8, 2010

Malaysia Food Carnival, Strawberry Picking & Pantai Mulaloo

Ha! Tiga topik sekali gus..Semuanya berlaku weekend baru-baru ni.


Pertama Malaysia Food Carnival yang berlangsung hari Sabtu, teruja betul sebab dapat jumpa orang-orang Malaysia.Maklumlah bila jauh di mata mulalah merindu.Tak banyak sangat pun yang mengambil bahagian.Rasanya lebih kurang sepuluh gerai je.Tapi boleh tahan juga memborong.Bab makanan suami saya yang lebih-lebih.Saya ni sejak-sejak disahkan diabetes tengok makanan pun tak selera sangat.Tak sangka pula dalam carnival makanan ada jual tudung.Apalagi, borong,borong dan borong.Hahaha..Murah pula tu sehelai cuma $10!Beli 5 percuma satu.Wah!Sungguh menarik.Singgah makan tengahari di gerai yang terletak di luar bangunan tersebut.Saya dan anak-anak makan sate, suami makan nasi beriani..Hmmm..sedapnya..
dah rasa jangan lupa beli..



antara yang dipamerkan..


orang Perth yang jakun..hehehe

Hari Ahad pula seawal jam lapan pagi dah terpacak di strawberry farm.Picking la apa lagi.Punyalah syok memetik sampai tak sedar hampir sepuluh kilo terpetik.Mujurlah harganya cuma $3 sekilo.Tapi sapalah nak habiskan ni.Dah sedekah separuh kat kawan-kawan.Projek kuih muih tak jalanlah di musim ni..Makan fresh je lah atau pun jus strawberry tanpa gula pun sedap.Bila sakit semuanya kena pantang, kan?
kenyit mata kat sapa tu?
sukanya dapat main troli tu..

dah macam petani semuanya..



hasilnya, 9kg lebih..


Balik dari memetik strawberry, langsung ke Mulaloo Beach.Dah lama tak bawa anak-anak mandi pantai.Bila spring cam ni ok sikit nak mandi walaupun cuaca masih sejuk.Tapi bila jumpa pantai, semuanya dah lupa sejuk.Mandi manda sampai tak mahu naik.Makan tengahari kami nasi ayam yang supnya cam tak tumis je..Jangan tanya kenapa..Hehehe.Tak snap pula gambar kat pantai.Cameraman saya bz mandi.


Susah Juga Kalau Macam Nie..

alat penguji sugar level dalam darah..

Saya dibekalkan alat untuk uji kadar gula dalam darah 4 kali sehari.Sebelum sarapan, 2 jam selepas sarapan, 2 jam selepas makan tengahari dan 2 jam selepas makan malam.Tak boleh skip sebab kesemuanya perlu direkodkan dan alat itu sendiri boleh memuatkan history ujian yang dilakukan.Setakat ni masih terkawal tetapi kadang turun kadang naik.Memang tak boleh tersilap diet.Makan terlebih nasi, atau terlebih makanan manis boleh menaikkan bacaan meter alat tu.Tension juga macam ni. Banyak pula masalah pregnant kali ni.Mungkin nilah ujian Allah untuk diri saya.

Bila ada tester ni, suami pun ambil peluang untuk test sugar leval juga.Dia ni kurus saja orang berbanding saya yang memang montel.Tapi mana sangka dia punya level lagi tinggi daripada saya.Mungkin sebab suka sangat minum kopi untuk tahan mengantuk bila study.Dia boleh habiskan 2-3 cawan kopi setiap hari.Bahaya, kan.Berbeza dengan saya, saya tak suka minum air bergula.Kadar gula saya ketika tidak pregnant adalah normal!Saya pula tumpang susah hati untuknya.Apa pun kena control diet satu family la kalau macam ni.

Dari pemahaman saya semasa sesi consultansi baru-baru ni, semua bahan makanan mengandungi gula secara semula jadi kecuali sayur dan lauk-lauk seperti ayam, daging, ikan, seafood dll.Jadi makanan ni boleh diambil dengan kadar 1/2 pinggan sayur (bukan digoreng, tapi steam atau rebus sahaja), manakala 1/4pinggan lauk (juga dimasak secara sihat).Susah juga nak amalkan sebab makanan Melayu kebanyakkannya digoreng.Apa pun saya akan cuba ubah diet keluarga saya..



 

Friday, November 5, 2010

Aduhai Translator

Pagi tadi saya ada appoinment dengan Diabetes Services kat King Edwards Memorial Hospital.Minggu lepas lagi saya terima call daripada pihak hospital.Saya ditanya kalau-kalau perlukan seorang translator untuk memahami nasihat tentang diet bagi diabetes.Fikir punya fikir saya jawab "ye".Bimbang juga nak berdepan dengan dietitian mat saleh.Kot-kot istilah yang digunakan sukar difahami.

Bertemu dengan translator, seorang cina tua warga Malaysia dari Pontian, Johor.Dia dah PR kat sini.Bekerja sebagai cikgu.Sepanjang sesi consultant, saya dapat faham 100%.Malah mampu memberikan respon terhadap pertanyaan dietitian tersebut.Alhamdulillah.Kesian pula saya tengok translator tu, boring sekali.Berbeza dengan dua translator lain pada sesi yang sama yang ditugaskan untuk seorang pesakit dari China dan France.Begitu sibuk menterjemah kepada pelanggannya..

Untuk appoinment akan datang saya telan membatalkan khidmat translator tersebut.Tak payahlah nak bazirkan duit bayar translator.Tak sangka bagus juga penguasaan Bahasa Inggeris saya kini.Midwives pun puji...hehehe.Takaburnya..

Thursday, November 4, 2010

Trip ke Albany~Hari Terakhir

Check out hotel pukul 10pagi, kami ke The Fudge Factory. Belum puas hati sebab tak dapat beli kat The Margaret River Chocolate Co.Kami cuma beli sekeping nougat~sedap rasanya.Saya tak pernah jumpa semasa kat Malaysia.Kesemua ramuannya tidak boleh dipertikaikan halalnya.Untuk anak-anak belikan gula-gula panjang berwarna-warni.Ikutkan hati semua coklat nak diborong.Mana boleh tahan melihat coklat yang menggoda rasa.Saya cuba control diri, kot diabetes naik lagi.Hehehe..

Tengoklah semua budak2 terpegun dengan gula-gula yang colourful tu..

Nougat

Dari Margaret River kami ke Busselton, menghala balik ke rumah kami kat Heathridge.Singgah di Busselton Jetty.Jeti yang panjang dan cantik tapi sayang dalam pembaikpulihan.Disember baru siap.Singgah sekadar untuk bergambar dan membeli sourvenir semata-mata.
 di Kedai sourvenir
Busselton Jetty

Kemudian singgah makan di taman yang berhampiran.perjalanan diteruskan sehingga berhenti semula di Masjid Rockingham.Alhamdulillah sampai ke rumah lebih kurang enam petang..Huh penatnya..


Wednesday, November 3, 2010

Masak Lemak Patin Vs Kangkung Goreng Belacan

Hujung minggu lepas keluar membeli barang dapur.Saya beli 5 ketul ikan frozen.Jangkaan saya mestilah makeral.Kat sini memang susah nak cari ikan segar.Kalau ada pun memang mahal.Pagi ni pukul 11 pagi saya dah masuk dapur.Selalu masak awal sebab anak saya, si Danial mesti mintak nasi bila pukul 12tengahari!Dalam kepala menunya masak lemak ikan makeral dan kangkung goreng belacan.Dah lama benar tak masak lemak.Kangkung pula memang terjual kat kedai oriental.Pendek kata taklah rindu sangat masakan mak kat kampung..

Dah masukkan semua bahan dalam periuk, tunggu kuah mendidih untuk masukkan ikan.Ikan masih berendam ketika tu.Bila saya nak basuh baru terperasan ikan patin rupanya.1st time jumpa ikan ni.Rezeki ni.Kalau tau awal-awal saya masak asam pedas.Terbayang kalau masak tempoyak lagilah ummphhh, kan..Durian memang ada kat peti ais cuma belum jadi tempoyak..Hahaha..Lain kali bolehlah masak..

Hari ni saya temankan Danial makan.Belum pun pukul 12, kami dah lunch.Gara-gara ikan patin dan sayur kangkung!Terubat rindu kat kampung..



P/S: Malaslah nak snap gambar..imagine je la macam mana rupa ikan patin dan kangkung belacan saya mengikut daya imaginasi masing-masing ye..

Trip ke Albany~Hari Ketiga

Bila celik mata pagi-pagi baru sedar betapa tebalnya hutan di sekitar kawasan Bushland Cottage.Tapi sungguh menyegarkan.Ada macam-macam jenis burung.Yang paling cantik tentulah parrot.Bersebelahan cottage terdapat ladang kanggaroo.Apa lagi excited kedua-dua hero saya sampaikan tak mahu keluar berjalan-jalan.
teropong kanggaroo..

kanggaroo berlari-larian..


Parrot di depan cottage kami..


Destinasi kami hari ketiga ke Cape Leeuwin, di hujung WA.Inilah kawasan sempadannya.Daya tarikannya adalah rumah api.Saya tak sempat baca sejarahnya!Sekadar bergambar sahaja, kemudian terus ke Lake Cave.

berposing..

rumahapi leeuwin
Lake Cave adalah gua yang tercantik di sini.Tapi untuk masuk ke gua ini kami dinasihatkan menunggu Guide kerana terdapat kanak-kanak.Dibimbangi terjatuh atas batu-batu yang tajam.Disebabkan terpaksa menunggu guide lebih 1 jam.Terpaksalah batalkan.Kami ke Mammoth Cave.Pemandangannya seperti yang pernah dilihat di gua-gua kat Malaysia sahaja.Tapi betul-betul memenatkan kerana terdapat beratus-ratus anak tangga.Dengan keadaan yang pregnant saya betul-betul kepenatan.Betul-betul macam tak cukup oksigen.Hehehe..
keadaan di luar Mammoth Cave


keadaan di luar gua..


kepenatan..



Dalam kepenatan kami menruskan lawatan ke kilang coklat-The Margaret River Choclate Factory.Menurut kawan yang pernah melawat cawangan berhampiran rumah kami, kesemua coklatnya halal.Jadi sedaplah kami mencuba sampel-sampel coklat.Suami saya tak cuba, tak berani katanya.Lalu dia bertanyakan pekerja kat situ.Dia pun tak pasti kandungan coklat-coklat tersebut.Apalagi, buang segala coklat yang belum selamat masuk perut.Waaaaaaa.. terkena lagi.Astaghfirullahal azim.
kilang coklat..



Kemudian terus balik ke rumah masak nasi goreng dan BBQ.Lunch kami hari tu adalah pukul 7malam merangkap dinner juga.Huh..Betul-betul memenatkan tapi tetap seronok..


Tuesday, November 2, 2010

Trip ke Albany~Hari Kedua

belum pun puas tidur, kami bergegas menyediakan breakfast sama-sama.Makan ala kadar sahaja, keropok lekor dan roti..Keropok lekor tu dibeli je sekarang dah ada dijual kat sini.Di samping tu juga sempat sediakan lunch.Nasi putih, rendang serta sambal bilis yang dah siap masak dari rumah dan frozen.Selesai sarapan, kami terus check out hotel (kami akan akan ke Margaret River pula).



batu yang menyerupai kepala anjing..
 Singgah sebentar di pekan untuk melawat the dog rock.Sebiji batu besar yang menyerupai kepala anjing.Kemudian singgah membeli souvenir.Tak banyak pun beli.Dah kering account bank banyak sangat berbelanja..hehehe.

Hajat hati nak melihat pameran di Whale World pula, sebuah muzium tentang ikan paus.Bayaran masuk $55 untuk satu family.Tapi disebabkan untuk melihat kesemua pameran kami dinasihatkan menghabiskan masa dua jam, niat terpaksa dibatalkan.Lagipun kami terpaksa sampai ke Margaret River sebelum 9 malam.Dah janji dengan empunya hotel kat sana.Jadi sekadar bergambar sajalah kat Whale World.

pokok yang besar & macam2 bentuk..

kepenatan..


jambatan gantung setinggi 40 meter

 Terus ke destinasi yang mencabar, Tree Tops.Kat sini ada jambatan yang tergantung setinggi 40 meter.Memang kecut perut sepanjang berada di atasnya.Anak saya si Danish menangis ketakutan.Seronoknya melihat alam semulajadi kat sini.Pokok-pokoknya besar dan bermacam-macam rupa.Penat dan laparnya.Dah hampir 3 petang tapi belum lunch lagi.Singgah di taman berdekatan untuk makan.


Lepas makan terus ke Margaret River.Tersesat hampir 30km pula bila tersalah baca peta.Dah hampir maghrib, kawasan berkenaan pula terpencil sehingga kami tak jumpa walau seorang manusia pun, phone line pon tiada.Susahnya hati.Alhamdulillah akhirnya jumpa jalan keluar.Sampai ke Bushland Cottage 8.30 malam.Seram pula berada di cottage ni.Ditengah-tengah hutan.Sesuailah dengan namanya..