Friday, July 30, 2010

Penatnya..

Salam semua,
Lamanya tak jenguk blog..bukan sengaja tapi memang banyak aktiviti sepanjang dua minggu ni.Minggu lepas sibuk sebab buat preparation untuk birthday party untuk Danial.Sebelas family jumlah jemputan menyebabkan saya penat.Yelah masak seorang diri.Menunya pula nasi kerabu.Bila dah penat mood nak berblog pun hilang.Sorry ye tak sempat nak jenguk blog kawan-kawan.

Minggu ni saya sibuk nak masak roti jala untuk 9 family sempena sesi bergambar sempena Aidilfitri untuk uni suami esok.Kerja memasak memang memenatkan tapi puas hati bila semua orang suka makan masakan kita, kan?

Saya memang sangat bercita-cita untuk mengusahakan sebuah restoran bila kembali ke Malaysia.Mampu ke?Masak sikit pun dah tunggang langgan seluruh hidup..hehehe..Harap-harap termakbul la cita-cita ini..

  

Sunday, July 18, 2010

Cuti Sekolah Dah Hampit Tamat

Sebenarnya anak saya Danish dah dua minggu bercuti tapi disebabkan cuaca tak menentu, tak boleh nak buat aktiviti outdoor..Cuma semalam cuaca baik, bolehlah bawa dia bermain skuter kat Kings Park, taman yang paling besar dan popular kat Perth. Sambil-sambil melayan anak-anak bolehlah mak bapak bersantai kan.Kami 4 family semuanya.Enjoy..


dah ready untuk main skuter..


Danial excited dengan skuternya..

semua berebut nak naik aeroplane..


aktiviti wajib bila berkumpul..

Friday, July 16, 2010

Hmmmmmmmmm.....

Terkejut bila belek-belek paper online malam semalam,tiada ribut,tiada hujan minyak naik 5sen gula 25sen lagi.Speechless..Kesian orang-orang kampung.Yang berpoket penuh mengkin tak terasa.. Alasannya untuk mengurangkan bebanan kerajaan untuk pembangunan rakyat.Hmm...saya pun tak faham juga apa pembangunan yang dimaksudkan sebab keadaan negara masih ditakuk lama lagi.

Kadang terfikir juga apa jasa kerajaan ke atas rakyat, belajar kena bayar yuran, kerja kena bayar tax,sakit kena bayar wad juga (bagi bukan kakitangan kerajaan), mujurlah mati tak kena bayar tanah perkuburan (tapi kena bayar juga untuk upacara pengebumian yang entah apa-apa).

Bila tengok rakyat Oz, iri hati dengan diorang, belajar percuma hingga ke peringkat PhD (semua rakyat berhak menikmatinya), boleh dikatakan setiap golongan dapat subsidi dengan diberi elaun bulanan, baik kanak-kanak, remaja, orang dewasa yang kurang mampu dan warga tua.Cuma kalau sakit, kena bayar kos sendiri, tapi bukan selalu kita sakit..itupun boleh claim insuran 100%.Mati pula kena bayar tapak perkuburan. Juga tak perlu bimbang, insurans cover juga..



Tapi tak pernah pula kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang KECUALI minggu lepas harga sayuran naik sikit.Tapi alasannya boleh diterima-sayuran rosak disebabkan cuaca sejuk yang melampau sehingga ais menyelaputi sayur-sayur..

Sejak-sejak berada di sini, harga minyak tak pernah melebihi $1.50 seliter.Harga biasanya berbeza untuk setiap stesen minyak, jadi kena pandai-pandailah survey sebelum beli (akan disiarkan harganya di tv).Harga gula pula $2.50 untuk dua kilo.

Itu yang saya rasa sangat mewah berada di negara orang berbanding negara sendiri!Yelah kami anak beranak boleh hidup dengan elaun suami-$2000 lebih sebulan.Kat Malaysia jangan mimpilah..Kalau tiada family kat Malaysia rasanya tak mahu pulang..Jangan bimbang saya akan pulang jua sebab dengan menerima biasiswa kerajaan, suami 'terikat' kontrak 7 tahun..hehehe..Kalau langgar kena bayar ratusan ribu RM.Hutang lagi..Banyaknya pengorbanan rakyat Malaysia untuk kerajaan..
 
P/S:  saya bercakap atas dasar hak sebagai seorang warganegara.Bukan bagi pihak pembangkang..


Tuesday, July 13, 2010

Apa Menu Hari Ni?

Sejak-sejak jadi suri rumah ni, buntu bila hari-hari terpaksa memikirkan menu yang nak dimasak.Dah kering idea.Asyik-asyik rotate menu sama.Bukannya tak boleh surf resepi kat internet.Tapi bila dah jumpa yang berkenan, bahan pula tiada.Kena tangguh dulu.Bila dah tangguh, terlupa pula nak beli bila ke kedai.Hehehe..

Apa pun menu utama saya setiap hari adalah ayam.Sebab semua buah hati saya, baik bapak mahupun anak suka makan ayam.Kalau terasa nak makan ikan atau seafood saya hanya masakkan sedikit untuk saya.Nak bagi semua orang makan, hanya fish and chip je la yang sesuai dengan selera diorang nih..Memang boring, kan?Nak buat macamana daripada kita masak tiada yang nak makan, lebih baik masak menu yang semua orang nak makan..

Pernah saya hilang idea untuk memasak hinggakan 3kali keluar masuk dapur tapi satu benda pun tak siap..Hmmm..Apa menu anda hari ni?Saya masih buntu nie..

P/S: kenapa Myresepi.com xboleh buka sekarang?

Friday, July 9, 2010

Hujan Batu di Negeri Orang

Sekarang musim winter di Perth.Kebiasaannya bermula Jun-Oktober.Tapi tahun ni ada kelainan sikit bila bulan Mei dah mula winter.Kat Perth ni cuacanya tak extreme sangat, kalau winter cuacanya minimumnya hanya 2 degrees.Tapi bagi saya yang jakun ni,sejuknya memang tak tertahan la..Menurut orang-orang yang dah lama kat sini, tahun ni antara yang tersejuk bila cuaca menjunam (eh betul ke Istilah ni?) hingga -1 degree.

Satu perkara lagi,kat sini tiada snow tau.Jadi janganlah mengharap saya akan upload gambar-gambar kami anak beranak tergolek atas atau tergelek bawah snow.Apatah lagi nak buat snowman.Frust juga bila dapat tau tak de snow kat sini..Hmmmm..Namun syukur juga lah dapat nikmati udara negara orang yang dekat dengan Malaysia.Bolehlah juga merasa terbang balik ke Malaysia kalau rasa poket suami tebal sikit..hehehe


Google: tengoklah power hujan batu nih..

Melalut pula, walaupun tiada snow, kami dapat juga 'menikmati' hujan batu (hail).Hujan mula turun dalam bulan Julai.Jadi kena pekalah dengan ramalan cuaca (biasanya 99.9% adalah tepat).Bahaya kalau semasa hujan, kita berada kat luar.Yang paling membimbangkan ais yang besar menimpa kereta atau kita sendiri.Malam semalam pun hujan batu turun pukul dua pagi tapi saya tak larat nak bangun untuk menengoknya.Lagipun kat luar gelap gelita.Takuuutttt..


  

Thursday, July 8, 2010

hmmmm..Dah Nasib Hidung

Malam semalam, saya baru je melelapkan mata,Danial terjaga. Dia menangis-nangis entah apa la budak ni nak..Sekali dia termuntah.Habis satu katil terkena muntahnya.Selimut, cadar.Geramnya saya tengah-tengah sejuk winter ni dia buat hal.Dah la esok agen nak datang inspect rumah..Badannya, kepala sampai ke kaki terkena.Jadi terpaksalah umminya memandikannya.Menangis lagi.Mulut ummi memang tak diam la..hehehe..

Dah abah pakaikan baju dia pun tertidur.Satu bilik disembur perfume.Tapi saya hairan kenapa la hidung ni asyik terbau-bau lagi muntah.Ingatkan saya basuh dia belum betul-betul bersih.Bila check ok je.Manalagi ni?Check punya check bantal yang saya tidur pun terkena juga.Macamana boleh terkena?Padahal dia membelakangkan bantal.Hai kesian hidung..Saya pun kena mandi juga...brrrrrrrr..sejuknya..

 

Sunday, July 4, 2010

Tag Daripada Nadiah

Kebetulan pula, kena tag masa tengah rajin..Buat terus la..
1.barang kawin pertama yang dipakai
-handbag dan kasut..

2.barang elektrik pertama yang dibeli selepas bernikah dan duduk sebumbung
-peti ais

3.barang peribadi yang pertama dibeli dengan wang hantaran
-barang kemas

4.barang peribadi pertama dibeli selepas bergelar isteri
-kasut (masa tu tengah gila membeli kasut)

5.barang mahal pertama kali dibeli selepas bergelar suami isteri
-perabut rumah..

6.tag 5 blogger lain
-Nida
-Chik Na
-mamalieyna
-azrina
-Ibuhani

Thursday, July 1, 2010

Nak Ummi Baru..

Melayan kerenah anak-anak kadang menyebabkan saya pening kepala juga.Anak dua je, bukannya 19, kan Nadiah?Hehehe..

Pernah saya cakap kat Danial : Kalau Baby banyak sangat buat hal, nanti ummi mati cepat.Abah pun kenalah cari ummi baru
Danial : Ye ke ummi?Baby nak la ummi baru...

Terdiam saya, abah pula tersenyum simpul.Penuh makna..Hahaha terkena lagi..