Wednesday, February 24, 2010

Dia Dah Memegang Tittle 'J'

Pagi tadi saya janji dengan adik untuk chat kat facebook. Saya ni kalau buka fb jarang sekali nak online chat sebab rasa sayang nak bazirkan masa dengan melayan kawan-kawan chat.Bukan apa kalau dah mula chat, banyak kerja rumah tergendala.Saya lebih suka hantar mesej atau tulis kat wall kawan-kawan sahaja.Tapi dah disebabkan janji, saya pun online.Baru je online lebih kurang sepuluh minit, saya mula 'dikacau daun'oleh kawan lelaki semasa sekolah menengah dulu.Kan dah kata...

Perbualan kami mulanya cuma berkisar tentang bila saya nak balik kampung.Dia jemput saya ke rumahnya sebab adiknya akan berkahwin cuti sekolah Mac ni.Saya ni segan dengannya walaupun dia dah berkahwin, saya ni tak pernah bertegur sapa dengannya sewaktu sekolah dulu.Berhubung dengan dia semula pun  kawan saya, A (perempuan) yang beria-ia minta email adress saya bagi pihaknya(masa tu saya masih belum buka fb account).Jadi saya memberi alasan suami saya sibuk bila pulang ke Malaysia nanti. Memang busy pun sebab sepanjang balik kampung ni dah penuh agendanya untuk menghadiri conference dan mengumpul data untuk reseach.Tapi dia beria-ia menjemput tak tergamak juga nak menolaknya.Keputusannya saya akan pergi dengan A ke rumahnya, Insya Allah..

Memandangkan adik saya pun nak kawin bulan Jun ni, saya turut menjemput dia sekeluarga ke rumah saya.Dia pula yang segan, saya cadangkan dia datang la dengan A, lagipun saya belum pernah bertemu suaminya sepanjang mereka berkahwin.Tiba-tiba saja dia kata tak boleh, nanti isterinya marah.Kenapa pula tak boleh bukannya saya minta dia pergi berdua dengan A, tapi suami A sekali.Katanya A mana ada suami..pening kepala saya.Ke mana pula suami A pergi? Rupa-rupanya A dah divorced hampir dua tahun.Terperanjat besar saya.

Macamana saya boleh saya tak tahu.Saya kenal A dah lama.Dari darjah satu lagi, kemudian sekolah menengah pun sama. Cuma bila ke university kami mula membawa haluan sendiri.Tapi sentiasa berhubung Rumah kami pun dekat. Kalau saya pulang ke rumah mak pun acap juga dia berkunjung.. Saya kawin dia datang, dia kawin pun saya memenuhi undangannya.Cuma disebabkan rombongan pengantin lelaki lewat sampai, saya tak berkesempatan kenal dengan suaminya.Semasa saya nak datang ke sini pun dia ada berjumpa saya.Hanya satu yang saya rasa pelik, dia tak pernah bawa suaminya bersama. Selalunya bersendirian atau bersama anak sulungnyanya yang sebaya anak saya, Danish.Bila ditanya macam-macam alasannya.

Kesian A, muda-muda dah pikul tittle J yang beranak dua..patutlah bila saya tercari-cari juga gambar suaminya kat FB, tapi memang tiada.Terjawablah kekeliruan saya selama ini.Baru dua tiga hari lepas saya usik-usiknya bila nak dapat baby baru lagi memandangkan anaknya dah besar.Mesti dia terguris dengan usikan saya..Maafkan aku, kawan.Kawan lelaki saya puji A sebab sangat tabah dengan ujian ini.Tapi bila ingat janji Allah, manusia hanya akan diuji berdasarkan kemampuan yang ada padanya, saya akur kata-kata kawan saya itu..


Tuesday, February 23, 2010

Setahun di Perth

Pejam celik,pejam celik 7Feb lalu dah setahun saya merantau di Perth. Cepatnya masa berlalu kan..

Plan asalnya, kami sepatutnya ke New Zealand kerana abang telah mendapat surat tawaran.Tapi disebabkan masalah supervisor, tawaran tersebut diketepikan. Kalau tidak, mungkin dapat kenal Nida..Tak pe lah, jodoh kita kat alam maya je, kan. Ikutkan hati memang kami memang teruja nak ke sana. Negara yang cantik tapi binatangnya ternakannya lebih ramai daripada manusia. Betul tak, Nida.Mesti environmentnya fresh..tak de rezeki.

Nasib baik, lepas berdolak dalik nak terima atau tidak, abang dapat tawaran kat sini bulan Disember.Hanya ada dua bulan untuk kami bersiap sedia. Memang agak kalut nak menguruskan passport dan tiket, nak menguruskan isirumah dan kereta untuk dijual, yang sayang nak dijual kenalah uruskan hantar ke kampung, nak beli segala barang keperluan, nak uruskan cuti tanpa gaji saya.Kelam kabut kami dibuatnya apatah lagi cuti saya hanya diluluskan pada 12 Feb sedangkan flight kami ke sini adalah 7Feb!Terpaksa pula saya mencari mc di klinik swasta dan mengambil cuti rehat..

Alhamdulillah dalam kepayahan, segala urusan dapat settle sebelum bertolak ke sini.Setelah perjalanan 5jam, kami akhirnya sampai jua ke Perth. Menumpang di rumah Syikin, kawan sekerja abang kat Malaysia. Perkara pertama yang perlu dilakukan, ialah membeli kereta kerana pengangkutan awam di sini tidak mesra pelanggan. Penduduknya lebih suka berkereta sendiri memandangkan lalu lintasnya tak pernah jem.Bas hanya ada sejam sekali.Berbekalkan sedikit simpanan, kami akhirnya membeli Honda Wagon.Ala-ala penjual pasar malam!Kalau kat Malaysia mesti tak terbeli kereta ni.Bukan apa tak payah la nak  sewa lori kalau nak beli barang-barang rumah..semuanya diangkut dengannya.Banyak jasany kepada kami.

Minggu kedua di sini kami dapat rumah sewa yang kami diami sekarang.Malangnya dipenuhi bulu anjing pula. Semasa view, tak perasan pun.Apatah lagi iklannya tertera 'NO PETS ALLOWED'.Kami berbaik sangka kononnya penyewa sebelum ni juga tidak ada pets.Bila mengemasnya sebelum masuk, baru sedar keadaan tersebut. Warna carpet yang dipasang di seluruh rumah yang hampir sama dengan bulu-bulu anjing tersebut yang menyebabkan kami tidak terperasan.Jenuhlah menyental bulu-bulu anjing pula..Naik kematu tangan kerana disebabkan ia melekar pada carpet, memang tidak boleh vacum.Sebagai muslim yang berpegang dengan mazhab Syafei, kami menyamak pula selepas itu.Hampir dua minggu membersihkan rumah!

Setelah memiliki broadband, kami cuba surf pandangan mazhab lain tentang bulu anjing.Rupanya Hanafi menganggap anjing sama seperti haiwan lain.Mengguna pakai mazhab ini, barulah lega hati saya. Kalau tidak kain yang dah berbasuh saya akan ulang basuhnya semula sebab ada bulu tersebut.Menangis dibuatnya!Saya benar-benar kepenatan.Itulah bila dah jahil agama..

Seminggu di sini Danish anak yang sulung mula bersekolah.Sekolahnya tak jauh, boleh lah jalan kaki kalau abang tak sempar hantarkan atau ambilnya..Hujung minggu pula adalah hari kami meronda-ronda mencari barang-barang rumah. Kalau tak ke Garage sale, kami ke Swap Market membeli barangan terpakai.Hampir semua barangan rumah kami adalah 2nd hand.TV dan kabinetnya kami beli hanya $20, meja makan set enam juga $20,Made in Malaysia lagi, meja study abang $10, mesin basuh $150, peti sejuk $350.Ada juga yang diberikan percuma, dryer saya dapat percuma ketika garage sale, tilam Syikin beri dia punya,sofa agen kami hadiahkan..Terima kasih semua..

Alhamdulillah kami kini semakin selesa berada di sini..


Sunday, February 21, 2010

Malapetaka di Kampung Saya

keadaan semasa kebakaran berlaku..


Kelmarin, Jumaat 19 Feb, pekan Pulai Chondong ditimpa bencana. 20 unit kedai terbakar. Hanya 150meter sahaja daripada rumah mak saya.Kesian mereka. Hanya tinggal sehelai sepinggang.Mujur semua penghuni terselamat..

Di situlah tempat saya membeli barang keperluan masa berada di kampung. Ada kedai roti canai Alias, kedai emas Cina, kedai gigi palsu, kedai runcit Lee Mei Him, kedai kuih Mek Dah, Mini Market Che Kar, kedai gambar,kedai prepaid.Kini hanya tinggal kenangan.

Teringat dulu-dulu teringin makan roti canai, arwah ayah akan belikan kami adik-beradik kat kedai Alias, seorang mamak.Terbayang-bayang lagi keenakan roti canai bercicahkan kuah dal atau karinya yang menyengat pedasnya (bagi kami budak-budak kecil la).Pernah juga arwah ayah bawa saya makan kat kedai ni sebelum ke sekolah tadika kerana ianya berhampiran tadika berkenaan.

Satu-satunya kedai runcit cina kat kampung saya, kedai Lee Mei Him juga banyak menunggalkan kenangan indah dalam hidup kerana kedai ni menjual macam-macam barangan. Yang paling meninggalkan kesan, bila hari raya kat kedai inilah saya dan adik beradik shopping kasut raya sebab ada menjual kasut berjenama Bata. Sama juga bila sekolah nak bermula, kedai ini jugalah diterjah untuk mendapatkan kasut sekolah.Bila dah dewasa kedai ni penting juga buat saya kerana banyak menjual ubat-ubatan Cina. Di sinilah tempat membeli keperluan semasa berpantang.

Sehari dua sebelum datang ke sini saya menemankan mak menempah gigi palsunya kat kedai gigi palsu. Terlupa pula nak tanya mak dah berambil ke belum giginya.Harap-harap dah siaplah.Yelah kadang-kadang mak mudah juga terlupa atau tertangguh kalau tiada anak temankannya..


sehari selepas kejadian..

Kedai kuih Mek Dah juga adalah kegilaan saya juga, kuih akoknya memang tiada tandingan. Memang tersohor di seluruh Mukim Pulai Chondong.Keluarga saya sering menempah kuihnya untuk bila ada majlis-majlis pertunangan atau perkahwinan. Yang paling best kuih akoknya yang jadi igauan bila bulan Ramadhan. Baru berkira-kira nak menikmatinya bila balik kampung Mac ini. Tak merasalah gamaknya..huhuhu..

Mini Market Che Kar pula milik ayah kawan saya ketika bersekolah rendah. Kami terputus hubungan sejak-sejak dia kawin.Macamana lah keadaan mereka semua. Harap-harap mereka tabah dengan ujian dan dugaan Allah yang Maha Hebat ini dan bangkit semula untuk memajukan perniagaan.

Itulah pekan kelahiran keadaan pekan cowboy, tempat tumpah darah saya kini. Hampir separuh pekan kini lumpuh.Sedihnya..

p/s: berita lebih lanjut boleh dibaca di sini..Kredit kepada nixk.net. Pinjam gambar..

Saturday, February 20, 2010

Sotong Goreng Kunyit Bersos Tiram

Buntu apa menu yang boleh dimasak dengan sotong?Saya ada resepi yang simple tapi memang membuatkan kami sekeluarga menjilat jari iaitu sotong goreng kunyit bersos tiram.Resepi ni saya ciplak daripada seorang sepupu.Tak tau la dari mana dia belajar.Lupa nak tanya.Kalau nak cuba salin resepi ni ye.

Sotong Goreng Kunyit Bersos Tiram



Bahan-bahannya:
8-10 ekor sotong sersaiz sederhana-dipotong bulat-bulat
6 biji bawang putih ditumbuk atau dikisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1biji bawang besar
garam secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
daun ketumbar (jika suka)
1 biji cili merah
20 ml minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:
1.Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang putih di dalam kuali. Rebus hingga kering air sotong.
2.Masukkankan minyak masak ke dalam  kuali tadi. Kacau seketika.
3.Masukkan pula bawang besar, cili merah dan sos tiram. Kacau hingga bawang besar masak
4.Sedia dihidang, tabur daun ketumbar..

Selamat mencuba..

Friday, February 19, 2010

Semalam yang Menyesakkan Dada

Seharian semalam adalah hari yang mendebarkan bagi saya kerana terpaksa ke King Edward Memorial hospital untuk penentuan D & C.Terlampau berdebar saya tidak mampu melelapkan mata sampai ke pagi. Bukan tak tidur, tapi tidur kejap jaganya lama. Hinggakan kepala berdenyut-denyut. Tekanan darah naik 138/90.Tinggi tu.Biasanya tekanan darah saya normal sahaja..Midwife syorkan saya ambil sejenis ubat tidur. Katanya normal bagi orang yang baru keguguran tak dapat tidur malam. Iye ke minah saleh ni?Saya rasa sebelum ni tidur saya ok je, cuma sesekali sekala tidur saya terganggu. Kalau sihat pun saya ni memang begitu. Kalau dah terjaga, memang susah nak pejamkan mata semula.Siang hari memang jarang sekali dapat tidur.Lagi susah untuk tidur malam, lagi saya tak mampu untuk tidur siangnya..Saya mewarisi 'penyakit' ni daripada mak.

Dah selesai ambil tekanan darah, terus jumpa doktor. Setelah ultrasound, keputusannya saya tak perlu D&C lagi minggu ni kerana hanya terdapat sikit saja lagi sisa-sisa di rahim saya..Alhamdulillah, lega seketika.Tapi penatnya saya rasa nak menunggu minggu depan pula.Mana taknya lagi dua minggu nak balik Malaysia tapi banyak lagi souvenir yang belum sempat dibeli.Alahai susahnya hati ini..

Saya mengajak abang ke Fremantle weekend ni, huh kena marah pula.Katanya saya belum sembuh sepenuhnya. Kena rehat banyak-banyak.Minggu depan baru boleh jalan-jalan.Sebenarnya kalau tak pergi Fremantle pun cukuplah kalau dapat window shopping kat shopping complex tepi rumah saya ni sebenarnya saya dah rindu nak meronda-ronda lagi.Dah banyak minggu terperap kat rumah..Kalau dah perempuan,perempuan jugalah.hehehe..

Tuesday, February 16, 2010

Dah Takdirnya Begini

Salam semua..

Alhamdulillah saya kini semakin sihat dan mampu mengadap lappy semula..Tapi untuk pengetahuan semua, saya telah keguguran setelah hampir seminggu bleeding. Perasaan saya? Memang susah nak digambarkan. Sedih ada, syukur pun ada, bercampur baur.

Sedih kerana kandungan kali ni memang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Hampir empat tahun kami tak menerima ahli baru. Baik abang mahu pun anak-anak, semuanya bergembira dengan berita kehamilan saya..Sampai hari ini anak-anak saya, Danish dan Danial masih belum mengerti bila saya menyatakan adik sudah tiada. Mereka masih mengharap adik akan lahir secepat mungkin. Penat saya nak menjelaskannya. Tak pelah ye, anak-anak..kalau ada rezeki lagi, Allah akan bagi semula ummi peluang untuk mengandung lagi..

Namun begitu saya tetap bersyukur kerana cepat mendapat rawatan. Bimbang juga kalau-kalau kuman sudah merebak ke anggota badan yang lain. Syukur juga bila diuji oleh Allah terasa diri ini masih disayangi Allah. Bukankah antara tujuan ujian Allah sebagai rahmatNya terhadap kita? Juga untuk mengukur tahap keimanan dan ketakwaan kita. Firmannya:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) bila mereka mengatakan: " Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji? ~(al-Ankaboot, Chapter#29, Verse#2)
Semoga kami terus tabah dengan ujian ini..

Saya terus mendapat rawatan daripada ECU Clinic-klinik uni abang, pada hari Jumaat, 5 Feb. Tapi disebabkan tidak ada kemudahan ultrasound, saya dirujuk ke Joondalup Health Campus, klinik berhampiran. Malangnya baby tidak dapat dikesan bila ultrasound. Bayaran boleh tahan juga, $130 (RM390)..Mujur boleh claim insurans 75%. Tanpa apa-apa ubat dan rawatan yang terima, saya pulang ke rumah. Masih berterusan bleeding hingga hari Rabu, saya mengambil keputusan ke King Edward Memorial Hospital (KEMH).

KEMH adalah hospital yang dikhaskan untuk pesakit wanita sahaja. Bestnya semua pekerja KEMH perempuan, kecuali doktor-doktor pakar ada juga yang lelaki. Kandungan saya disahkan ada masalah selepas ultrasound dilakukan. Terharu sungguh dengan layanan oleh doktor wanitanya dan bidannya (midwife). Tak terasa pun dilayan oleh bangsa asing yang berlainan agama. Memang first class layanannya. Cakapnya pun sopan santun, sentuhan mereka juga lemah lembut. Ingin saya kalungkan jutaan terima kasih kepada mereka..

Saya telah dimasukkan 4biji ubat misoprostol untuk menggalakkan segala sisa-sisa kat rahim keluar sepenuhnya, juga dibekalkan pain killer untuk menahan kesakitan akibat proses tersebut. Saya tidak ditahan di wad. Dua hari kemudian saya diberikan 4biji misoprostal, kerana masih ada saki baki produk kehamilan. Masih ada satu appointment lagi untuk menentukan sama ada perlu atau tidak proses D & C (dilation and curettage) dilakukan. Satu minor surgery yang memakan masa cuma 5 minit tetapi mungkin menyakitkan mengikut orang yang pernah mengalaminyanya..Harap-harap saya tak perlu melakukannya!Doakan saya..

Friday, February 5, 2010

Doakan Saya..

Dah lama tak update blog..Sebenarnya saya kurang sihat sehari dua ni. Tak enak badan saja. Lesu semacam. Mungkin penat menguruskan anak yang dah mula bersekolah. Awal pregnant dulu sihat je. Kini dah masuk lapan minggu.

Semalam saya bleeding..Nak pergi klinik pun kena buat appoinment dulu. Dah buat.Dapat jumpa doktor ok la kot. Apapun saya harap kandungan ini selamat..Doakan saya ye..